Ayer Keroh, 23 Sept 2011 - Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertandingan kali ke-21 ini. USIM menewakan Universiti Malaya (UM) pada pertandingan akhir. Dengan usul Pembanganun Lestari Tonggak Ketamadunan Bangsa, saudara Ikhwan Roseli dari USIM menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir. Pasukan UPM, hanya sekadar di tangga ke-13 dengan 3 kemenangan. Johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM8,000 , piala pusingan, plak dan sijil manakala naib johan wang tunai RM6,000 , plak dan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan.
Wednesday, 28 September 2011
Wednesday, 21 September 2011
Pidato Kemerdekaan 2011: Ikhwan Roseli Rangkul Gelaran
Serdang, 18 Sep 2011 - Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Jiradevi Veerasiman dari Universiti Malaya dinobat sebagai johan pertandingan. Ikhwan yang membawa tajuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa berjaya menambat hati juri dan penonton dengan persembahan yang bersahaja. Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM6,000.00 setiap seorang, piala pusingan, plak dan sijil pertandingan. KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat juara dan jumpa lagi untuk pertandingan akan datang.
Thursday, 25 August 2011
Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011
Serdang, 25 Ogos 2011 - Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 akan dijalankan pada 16 - 18 September 2011. Pertandingan kali ini bakal dikelolakan oleh Universiti Putra Malaysia selaku tuan rumah. Yayasan Tunku Abdul Rahman sekali lagi menjadi penaja utama bagi pertandingan ini. Bagi format pengundian tajuk kali ini, peserta akan mengundi tajuk 45 minit sebelum membuat persembahan. Buat bakal pemidato, jumpa kalian di kampus hijau kami. Klik untuk Tajuk Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011
Thursday, 11 August 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Bulan Kemerdekaan
Tuesday, 26 July 2011
UTP Johan Debat Perpaduaan 2011
Tronoh, 26 Julai 2011 : Pertandingan Debat Perpaduan 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan kejayaan pasukan tuan rumah, Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjuari kejohanan kali ini. UTP telah bertindak selaku kerajaan manakala satu lagi pasukan akhir iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berperanan sebagai pembangkang. Usul pertandingan akhir "Demokrasi kita semakin mantap" telah diterima dewan dengan juri 4-3 dan pendebat terbaik akhir jatuh kepada saudari Mastura Arbin dari UiTM. Pasukan UPM hanya menduduki tangga ke-9 daripada 34 pasukan keseluruhan yang mengambil bahagian. Kejohanan kali ini mencatatkan rekod tersendiri apabila menjadi kejohanan yang paling banyak pasukan disertai. Buat pasukan yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang lain jumpa lagi tahun hadapan.
Wednesday, 20 July 2011
Persahabatan Debat UM-UPM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2011 : Universiti Malaya (UM) telah menjadi tuan rumah dalam Persahabatan Debat antara UM dan UPM. Persahabatan debat ini merupakan kali kedua sempena Pertandingan Debat Perpaduan selepas pendebat-pendebat dari UM telah hadir ke Serdang ahad lalu. Persahabatan Debat ini merupakan yang terakhir buat pasukan UPM sebelum berangkat ke UTP jumaat nanti bagi Pertandingan Debat Perpaduan 2011. KDBM UPM mengucapkan jutaan terima kasih buat pasukan debat UM kerana sudi menjemput kami ke sana. Buat kedua-dua pasukan, meja editor mengucapkan semoga berjaya buat kalian.
Sunday, 17 July 2011
Persahabatan Debat UPM-UKM-UM-Lim Kok Wing
Serdang, 17 Julai 2011 : Empat pasukan debat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menjayakan Persahabatan Debat yang dihoskan oleh UPM. Persahabatan debat ini dilihat sebagai platform terbaik bagi melatih para pendebat sebelum berentap di Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi Pertandingan Debat Perpaduan. 2 sesi persahabatan dijalankan iaitu di sebelah pagi pasukan UPM menentang UKM dan UM menentang Lim Kok Wing. Sesi sebelah petang pula menyaksikan pasukan UPM menentang Lim Kok Wing dan UKM menentang UM. Bagi pasukan Lim Kok Wing, ini merupakan kali kedua mereka mengadakan persahabatan di UPM untuk debat Perpaduaan ini. Dari pihak tuan rumah, kami mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi. Semoga berjaya buat semua.
Wednesday, 13 July 2011
Debat Persahabatan UPM-Lim Kok Wing
Serdang, 13 Julai 2011 : Pasukan debat UPM telah menerima kunjungan rakan-rakan pendebat dari Universiti Lim Kok Wing bagi menjayakan debat persahabatan sempena Pertandingan Debat Perpaduaan 2011. Seramai 5 dan 7 orang pendebat masing-masing dari Lim Kok Wing dan UPM. Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan tentang usul debat perpaduaan selain daripada mengadakan "sparing". Terima kasih kepada pasukan Lim Kok Wing kerana hadir ke kampus hijau kami.
Tuesday, 12 July 2011
Debat Persahabatan UIAM-UPM
Gombak, 12 Julai 2011 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Debat Persahabatan yang dianjurkan oleh Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. Debat Persahabatan UIAM-UPM ini diadakan sempena pertandingan Debat Perpaduaan yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 22-26 Julai nanti. KDBM UPM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami ke sana.
Sesi Ramah Mesra KDBM bersama pelajar asasi K13
Serdang, 11 Julai 2011 : Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UPM telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar asasi Kolej 13 bertempat di bilik Libra, K13. Seramai 15 orang pelajar asasi tahun pertama dan ketiga hadir bagi mengenali dan mempelajari tentang ilmu dan selok-belok dunia pengucapan awam. Sesi yang dikendalikan oleh saudara Shameerul Abd Samad dan Siti Hajar Ismail ini telah dimulakan pada jam 9.00 malam dan berjaya ditamatkan pada jam 11.15 malam. Antara pengisian program ini adalah memperkenalkan apa itu bidang pengucapan awam terutamanya debat dan pidato. Selain itu, peserta juga ditontonkan "mock" debat yang dilakukan oleh ahli-ahli KDBM. Usul "Cinta Melemahkan Lelaki" ternyata memberikan impak kepada para peserta apabila rata-rata daripada mereka memberikan respon terhadap perdebatan yang berlangsung. Dari meja editor dan kepimpinan KDBM UPM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir. Jumpa lagi.
Tuesday, 5 July 2011
Selamat Datang ke Laman Rasmi KDBM Putra, UPM
Selamat Datang ke Laman Rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM). Laman ini merupakan laman baharu menggantikan laman lama kerana terdapat kerosakan dalam laman sebelum ini selain beberapa masalah teknikal. Semoga anda semua berpuas hati dengan laman baharu ini dan segala cadangan/komen tentang laman ini sangat-sangatlah dialu-alukan oleh kami. Pandangan anda bolehlah dihantar kepada e-mail rasmi kami di kdbmputra@gmail.com. Terima Kasih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

