Wednesday 21 September 2011

Pidato Kemerdekaan 2011: Ikhwan Roseli Rangkul Gelaran

Serdang, 18 Sep 2011 - Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Jiradevi Veerasiman dari Universiti Malaya dinobat sebagai johan pertandingan. Ikhwan yang membawa tajuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa berjaya menambat hati juri dan penonton dengan persembahan yang bersahaja. Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM6,000.00 setiap seorang, piala pusingan, plak dan sijil pertandingan. KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat juara dan jumpa lagi untuk pertandingan akan datang.