Serdang, 16 Julai 2012 - Pertandingan Debat Perpaduan telah melabuhkan tirai dengan pasukan UIAM merangkul kejuaraan buat kali kedua selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 2006. Pasukan yang terdiri daripada, saudara Muhd Khairulanam Zulkeply dan saudari Fawza Sabila Faudzi, Yoges A/P M. Verasuntharam dan Naimah Aisyah Awaludin berjaya menewaskan pasukan USIM dengan juri 5-2. Pendebat terbaik pertandingan akhir pula disandang oleh Saudara Mohd Ikhwan Mohd Roseli dari USIM. Johan pertandingan akhir membawa pulang wang tunai RM7,000 beserta trofi dan sijil dan Naib Johan pula pulang dengan wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil. Selain itu, pasukan UPM dan UKM membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi dan sijil selaku pasukan yang layak ke separuh akhir dan tiga orang pembahas harapan membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil masing-masing. Majlis Pertandingan Akhir Debat Perpaduan Antara IPT ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon. KDBM Putra mengucapkan tahniah buat pasukan yang berjaya dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke kampus hijau kami :)
p/s : Maaf kerana lambat update. :)