Wednesday 28 September 2011

DAS 2011:USIM Johan

Ayer Keroh, 23 Sept 2011 - Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertandingan kali ke-21 ini. USIM menewakan Universiti Malaya (UM) pada pertandingan akhir. Dengan usul Pembanganun Lestari Tonggak Ketamadunan Bangsa, saudara Ikhwan Roseli dari USIM menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir. Pasukan UPM, hanya sekadar di tangga ke-13 dengan 3 kemenangan. Johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM8,000 , piala pusingan, plak dan sijil manakala naib johan wang tunai RM6,000 , plak dan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan.

Wednesday 21 September 2011

Pidato Kemerdekaan 2011: Ikhwan Roseli Rangkul Gelaran

Serdang, 18 Sep 2011 - Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Jiradevi Veerasiman dari Universiti Malaya dinobat sebagai johan pertandingan. Ikhwan yang membawa tajuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa berjaya menambat hati juri dan penonton dengan persembahan yang bersahaja. Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM6,000.00 setiap seorang, piala pusingan, plak dan sijil pertandingan. KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat juara dan jumpa lagi untuk pertandingan akan datang.