Thursday 26 January 2012

UPM, UKM wakili Malaysia.

Bangi, 27 Jan 2012 - Saudari Fathiah Ibrahim berjaya menjadi salah seorang wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) selepas layak dalam pemilihan wakil Malaysia yang diadakan di sini sejak dari 25 Januari yang lalu. Seorang lagi yang layak mewakili Malaysia bagi kejohanan ini adalah Saudara Amirul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan PABM tahun ini merupakan kali keenam dan tahun ini ia dijangka akan berlangsung 3 - 8 Mac 2012 di PICC, Putrajaya. Warga KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat kedua-dua peserta dan semoga berjaya pada pertandingan akan datang nanti.

Monday 16 January 2012

Pemilihan PABM, 1Malaysia Mengisi Kalendar 2012

Serdang, 16 Jan 2012 - Tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai pertandingan debat dan pidato sepanjang tahun ini. Universiti Kebangsaan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada pemilihan wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dan Pertandingan Debat 1Malaysia. Kedua-dua acara ini merupakan antara yang terawal dalam kalendar debat dan pidato Madum 2012. Menyingkap keputusan tahun lalu, Malaysia telah diwakili oleh Saudara Ikhwan Roseli dari USIM dan Saudara Amiruddin Abd Rahman dari UPM bagi PABM 2011. Manakala bagi Pertandingan Debat 1Malaysia pula, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi johan sulung pertandingan tersebut. Sama-sama saksikan kejohanan tahun ini pula.