Tuesday, 12 July 2011

Sesi Ramah Mesra KDBM bersama pelajar asasi K13

Serdang, 11 Julai 2011 : Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UPM telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar asasi Kolej 13 bertempat di bilik Libra, K13. Seramai 15 orang pelajar asasi tahun pertama dan ketiga hadir bagi mengenali dan mempelajari tentang ilmu dan selok-belok dunia pengucapan awam. Sesi yang dikendalikan oleh saudara Shameerul Abd Samad dan Siti Hajar Ismail ini telah dimulakan pada jam 9.00 malam dan berjaya ditamatkan pada jam 11.15 malam. Antara pengisian program ini adalah memperkenalkan apa itu bidang pengucapan awam terutamanya debat dan pidato. Selain itu, peserta juga ditontonkan "mock" debat yang dilakukan oleh ahli-ahli KDBM. Usul "Cinta Melemahkan Lelaki" ternyata memberikan impak kepada para peserta apabila rata-rata daripada mereka memberikan respon terhadap perdebatan yang berlangsung. Dari meja editor dan kepimpinan KDBM UPM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir. Jumpa lagi.




1 comment:

  1. wow! ruginya cekyah tak dpt join. mesti best jumpa adik2 bru..syabas kpd penganjur.

    ReplyDelete