Sunday 18 November 2012

(Info LDP 2012) : Pertunjukan Debat

Pertunjukan Debat yang akan diadakan sempena Pertandingan Liga Debat Putra 2012/2013 Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan diadakan pada 19 Nov 2012 (Isnin) bertempat di Dewab PJSD, Kolej Serumpun jam 8.30 malam. Jawatankuasa penganjur ingin memohon kerjasama semua kolej supaya menghantar ke semua pendebat yang bakal beraksi pada LDP 2012 nanti. Jumpa anda di sana! 

SYABAS Saudari Afifah!

Bangi, 18 November 2012 - Saudari Nurul Afifah Adila bt Mohd Salleh mengungguli Pertandingan Cabaran Pidato Wanita Muda 2012 apabila berjaya merangkul gelaran Johan. Afifah membawakan pidato "Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia" berjaya menambat hati juri dan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 beserta trofi dan sijil. Pelajar tahun pertama, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini telah berasa terharu apabila dinobatkan sebagai juara memandangkan beliau baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan pidato. Sebelum ini, beliau pernah memasuki beberapa pertandingan debat antara IPT dan hasrat beliau ingin menempa nama dalam bidang pengucapan awam ini.


Wednesday 24 October 2012

Liga Debat Putra Kembali Semula!

Serdang, 23 Oktober 2012 - Pertandingan Liga Debat Putra, Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan kembali semula selepas beberapa tahun. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan debat interkolej yang berprestij tinggi. Kejohanan ini dijadual berlangsung bulan November ini. Penyandang Johan sebelum ini adalah Kolej 14 yang telah mengalahkan Kolej Tun Dr Ismail di pentas akhir. Nantikan kemunculannya!

Tuesday 11 September 2012

Tajuk Pidato Kemerdekaan 2012

Berikut adalah tajuk Pidato Bapa Kemerdekaan 2012 :

Kategori Bahasa Melayu





Kategori Bahasa Inggeris



Thursday 30 August 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55


Kelab Debat Bahasa Melayu, UPM (KDBM@Putra) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55. Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa kemerdekaan, masyarakat bersatu padu bersama-sama menuntut kebebasan negara ini. Semoga negara kita kekal aman dan terus maju ke hadapan.  

Wednesday 29 August 2012

(Update Pidato Kemerdekaan 2012) : Senarai Jemputan dan Tentatif Pertandingan

Surat jemputan telah pun diedarkan ke IPT yang tersenarai. Mana-mana IPT yang mempunyai masalah berhubung surat jemputan penyertaan bolehlah memaklumkan kepada kami di sini atau di laman facebook rasmi kami atau ke email rasmi kami. Jemputan penyertaan ini adalah bagi kedua-dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap IPT di mohon agar memberi maklum balas penyertaan selewat-lewatnya 7 September 2012. Tentatif pertandingan turut dilampirkan sebagai rujukan kalian. Sekian, Salam Kemerdekaan.







Tuesday 31 July 2012

UPM Kembali Anjur Pidato Kemerdekaan

Serdang, 1 Ogos 2012 - Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara Institusi Pengajian Tinggi 2012 bakal berlangsung sekali lagi di Universiti Putra Malaysia. Kali ini merupakan kali kedua selepas tahun lalu, Yayasan Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menjadikan UPM sebagai penganjur tetap bagi pertandingan pidato yang berprestasi tinggi ini. Tahun ini, pertandingan ini dijadual berlangsung dari 13-16 September 2012. Menyingkap penganjuran tahun lalu, bagi kategori Bahasa Melayu ini telah dimenangi oleh Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saudara Ikhwan telah membawakan maudhuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa . Siapakah pula bakal dinobatkan johan tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

P/s : Segala info berkaitan dengan pertandingan ini akan dimaklumkan melalui laman blog ini atau fanpage rasmi kami.

Sunday 15 July 2012

UIAM Johan Debat Perpaduan 2012


Serdang, 16 Julai 2012 - Pertandingan Debat Perpaduan telah melabuhkan tirai dengan pasukan UIAM merangkul kejuaraan buat kali kedua selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 2006. Pasukan yang terdiri daripada, saudara Muhd Khairulanam Zulkeply dan saudari Fawza Sabila Faudzi, Yoges A/P M. Verasuntharam dan Naimah Aisyah Awaludin berjaya menewaskan pasukan USIM dengan juri 5-2. Pendebat terbaik pertandingan akhir pula disandang oleh Saudara Mohd Ikhwan Mohd Roseli dari USIM. Johan pertandingan akhir membawa pulang wang tunai RM7,000 beserta trofi dan sijil dan Naib Johan pula pulang dengan wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil. Selain itu, pasukan UPM dan UKM membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi dan sijil selaku pasukan yang layak ke separuh akhir dan tiga orang pembahas harapan membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil masing-masing. Majlis Pertandingan Akhir Debat Perpaduan Antara IPT ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon. KDBM Putra mengucapkan tahniah buat pasukan yang berjaya dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke kampus hijau kami :)

p/s : Maaf kerana lambat update. :)

Tuesday 26 June 2012

Wednesday 20 June 2012

(update Debat Perpaduan 2012) : Venue Pertandingan Debat Perpaduan 2012

Serdang, 19 Jun 2012 - Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia menjadi "venue" penginapan bagi pertandingan Debat Perpaduan 2012 yang dijadual berlangsung 4 hingga 8 Julai 2012. Bagi "venue" pertandingan pula, ia akan dijalankan di Dewan Kompleks Akademik Pusat (DKAP) iaitu bersebelahan dengan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pengajian Pendidikan atau berhadapan dengan Parkir Sentral UPM atau Dewan Besar UPM. Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 8 Julai 2012 dan akan dijalankan di Dewan Besar, UPM. Segala info terkini akan dimaklumkan kemudian.

Tuesday 5 June 2012

UPM Tuan Rumah Debat Perpaduan 2012

Serdang, 5 Jun 2012 - Universiti Putra Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Perpaduan 2012 . Pertandingan dijadual berlangsung pada 4 hingga 8 Julai 2012 iaitu sehari selepas berakhirnya Pertandingan Debat Alam Sekitar di Universiti Malaya. Seperti lazimnya, pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tahun lalu, pertandingan ini diadakan di Universiti Teknologi Petronas dan tuan rumah telah berjaya meraih gelaran johan membawa pulang wang tunai RM 7,000.00 beserta trofi dan sijil. Pertandingan ini telah bermula sejak 2005 dan Universiti Teknologi Mara telah muncul sebagai pasukan juara terbanyak sebanyak empat kali.

Thursday 26 January 2012

UPM, UKM wakili Malaysia.

Bangi, 27 Jan 2012 - Saudari Fathiah Ibrahim berjaya menjadi salah seorang wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) selepas layak dalam pemilihan wakil Malaysia yang diadakan di sini sejak dari 25 Januari yang lalu. Seorang lagi yang layak mewakili Malaysia bagi kejohanan ini adalah Saudara Amirul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan PABM tahun ini merupakan kali keenam dan tahun ini ia dijangka akan berlangsung 3 - 8 Mac 2012 di PICC, Putrajaya. Warga KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat kedua-dua peserta dan semoga berjaya pada pertandingan akan datang nanti.

Monday 16 January 2012

Pemilihan PABM, 1Malaysia Mengisi Kalendar 2012

Serdang, 16 Jan 2012 - Tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai pertandingan debat dan pidato sepanjang tahun ini. Universiti Kebangsaan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada pemilihan wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dan Pertandingan Debat 1Malaysia. Kedua-dua acara ini merupakan antara yang terawal dalam kalendar debat dan pidato Madum 2012. Menyingkap keputusan tahun lalu, Malaysia telah diwakili oleh Saudara Ikhwan Roseli dari USIM dan Saudara Amiruddin Abd Rahman dari UPM bagi PABM 2011. Manakala bagi Pertandingan Debat 1Malaysia pula, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi johan sulung pertandingan tersebut. Sama-sama saksikan kejohanan tahun ini pula.