Pidato

SYABAS SAUDARI AFIFAH!

Saudari Nurul Afifah Adila bt Mohd Salleh mengungguli Pertandingan Cabaran Pidato Wanita Muda 2012 apabila berjaya merangkul gelaran Johan. Afifah membawakan pidato "Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia" berjaya menambat hati juri dan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 beserta trofi dan sijil. Pelajar tahun pertama, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini telah berasa terharu apabila dinobatkan sebagai juara memandangkan beliau baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan pidato. Sebelum ini, beliau pernah memasuki beberapa pertandingan debat antara IPT dan hasrat beliau ingin menempa nama dalam bidang pengucapan awam ini



Tajuk Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2012
1. Tunku Abdul Rahman : Raja Berjiwa Rakyat
2. Generasi Belia Memerlukan Roh Roh Perjuangan Tunku Abdul Rahman
3. Tunku Abdul Rahman : Mengajar Kita Erti Perpaduan
4. Tunku Abdul Rahman : Aspirasinya Dijulang, Jasanya Dikenang
5. Jasa Tunku Abdul Rahman Dalam Pendidikan Sentiasa Dikenang
6. Tunku Abdul Rahman : Simbol Diplomasi Unggul
7. Tunku Abdul Rahman : Pejuang Syiar Islam Sebenar
8. Semangan Tunku Abdul Rahman Rukun Pemimpin Berjaya
9. Perjuangan Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Cerminan Kebijaksaan Kita
10. Ketulusan Jiwa Tunku Abdul Rahman Pembakar Semangat Rakyat Merdeka


FATHIAH JOHAN PABM 2012

Saudari Fathiah binti Ibrahim telah merangkul gelaran Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2012 kategori Nusantara. Ini merupakan kali ketiga wakil dari UPM yang mewakili negara menjadi johan dan kali pertama UPM diwakili oleh wanita dalam pertandingan ini. Pada 2009 Saudara Mohd Syamsul Salleh telah dinobatkan sebagai juara diikuti oleh saudara Amirrudin Abd Rahman pada 2011. Saudari Fathiah membawakan maudhuk pidato "Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera". Beliau membawa pulang hadiah utama RM15,500.00 dan trofi. Bagi kategori antarabangsa, ia dimenangi oleh wakil dari Afghanistan, Sebghatullah Qazizada. Video PABM 2012 (Fathiah bt Ibrahim)



Tajuk Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012


1. Kalau Saya Rakyat Malaysia Saya Akan....Supaya Malaysia Lebih Gah Di Mata Dunia
2. Pengukuhan Perpaduan di Malaysia : Pandangan Saya Kalau Saya Rakyat Malaysia
3. Peningkatan Kapasiti Ekonomi Malaysia Berasaskan Inovasi dan Kreativiti : Pandangan Saya

4. Kalau Saya Rakyat Malaysia 
5. Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia
6. Malaysia Dekat Di Hati
7. Malaysia Gemilang Di Mata Dunia
8. Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera
9. Bahasa Dijunjung, Budaya Dijulang
10. Belia Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara
11. Perpaduan Teras Kemajuan


Tajuk Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011

1. Tunku Abdul Rahman : Pemecah Tradisi Ekonomi Malaysia
2. Roh Perjuangan Tunku Abdul Rahman Tidak Pernah Padam
3. Malaysia Memerlukan Generasi Tunku Abdul Rahman
4. Tunku Abdul Rahman : Idola Sepanjang Zaman
5. Tunku Abdul Rahman : Pejuang Negara Sebenar
6. Api Perjuangan Tunku Abdul Rahman Kekal Membara
7. Mengenang Tunku Abdul Rahman Bermakna Menghayati Sejarah Bangsa
8. Tunku Abdul Rahman : Tokoh Kemerdekaan Yang Tiada Bandingan
9. Aspirasi Tunku Abdul Rahman Dijulang, Perpaduan Rakyat Akan Gemilang
10. Tunku Abdul Rahman : Wira Terbilang 

AMIRRUDIN JOHAN PABM 2011


Saudara Amirrudin Abd Rahman baru-baru ini telah merangkul gelaran Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2011. Ini merupakan kali kedua wakil dari UPM yang mewakili negara menjadi johan pertandingan ini. Pada 2009 Saudara Mohd Syamsul Salleh telah dinobatkan sebagai juara. Amirrudin membawakan maudhuk pidato "Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun". Beliau membawa pulang hadiah utama RM15,500.00 dan trofi. Video PABM 2011 di bawah.