Sunday 18 November 2012

(Info LDP 2012) : Pertunjukan Debat

Pertunjukan Debat yang akan diadakan sempena Pertandingan Liga Debat Putra 2012/2013 Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan diadakan pada 19 Nov 2012 (Isnin) bertempat di Dewab PJSD, Kolej Serumpun jam 8.30 malam. Jawatankuasa penganjur ingin memohon kerjasama semua kolej supaya menghantar ke semua pendebat yang bakal beraksi pada LDP 2012 nanti. Jumpa anda di sana! 

SYABAS Saudari Afifah!

Bangi, 18 November 2012 - Saudari Nurul Afifah Adila bt Mohd Salleh mengungguli Pertandingan Cabaran Pidato Wanita Muda 2012 apabila berjaya merangkul gelaran Johan. Afifah membawakan pidato "Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia" berjaya menambat hati juri dan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 beserta trofi dan sijil. Pelajar tahun pertama, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini telah berasa terharu apabila dinobatkan sebagai juara memandangkan beliau baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan pidato. Sebelum ini, beliau pernah memasuki beberapa pertandingan debat antara IPT dan hasrat beliau ingin menempa nama dalam bidang pengucapan awam ini.


Wednesday 24 October 2012

Liga Debat Putra Kembali Semula!

Serdang, 23 Oktober 2012 - Pertandingan Liga Debat Putra, Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan kembali semula selepas beberapa tahun. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan debat interkolej yang berprestij tinggi. Kejohanan ini dijadual berlangsung bulan November ini. Penyandang Johan sebelum ini adalah Kolej 14 yang telah mengalahkan Kolej Tun Dr Ismail di pentas akhir. Nantikan kemunculannya!

Tuesday 11 September 2012

Tajuk Pidato Kemerdekaan 2012

Berikut adalah tajuk Pidato Bapa Kemerdekaan 2012 :

Kategori Bahasa Melayu





Kategori Bahasa Inggeris



Thursday 30 August 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55


Kelab Debat Bahasa Melayu, UPM (KDBM@Putra) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55. Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa kemerdekaan, masyarakat bersatu padu bersama-sama menuntut kebebasan negara ini. Semoga negara kita kekal aman dan terus maju ke hadapan.  

Wednesday 29 August 2012

(Update Pidato Kemerdekaan 2012) : Senarai Jemputan dan Tentatif Pertandingan

Surat jemputan telah pun diedarkan ke IPT yang tersenarai. Mana-mana IPT yang mempunyai masalah berhubung surat jemputan penyertaan bolehlah memaklumkan kepada kami di sini atau di laman facebook rasmi kami atau ke email rasmi kami. Jemputan penyertaan ini adalah bagi kedua-dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap IPT di mohon agar memberi maklum balas penyertaan selewat-lewatnya 7 September 2012. Tentatif pertandingan turut dilampirkan sebagai rujukan kalian. Sekian, Salam Kemerdekaan.