Tuesday 5 June 2012

UPM Tuan Rumah Debat Perpaduan 2012

Serdang, 5 Jun 2012 - Universiti Putra Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Perpaduan 2012 . Pertandingan dijadual berlangsung pada 4 hingga 8 Julai 2012 iaitu sehari selepas berakhirnya Pertandingan Debat Alam Sekitar di Universiti Malaya. Seperti lazimnya, pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tahun lalu, pertandingan ini diadakan di Universiti Teknologi Petronas dan tuan rumah telah berjaya meraih gelaran johan membawa pulang wang tunai RM 7,000.00 beserta trofi dan sijil. Pertandingan ini telah bermula sejak 2005 dan Universiti Teknologi Mara telah muncul sebagai pasukan juara terbanyak sebanyak empat kali.