Thursday 24 November 2011

UPM Johan WUPID

Bachok, 24 Nov 2011 - Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali mengukir nama dalam bidang pengucapan awam antara IPT setelah dinobatkan Johan World Universities Peace Invatitional Debate (WUPID) Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Nov 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok. Pasukan UPM (1) yang diwakili Saudara Mohammad Badri Bin Ishak dan Muhammad Zahir Abd Aziz berjaya mengalahkan pasukan UIAM ditempat kedua, USIM ditempat ketiga dan UTM di tempat keempat. Suadara Badri juga dinobatkan sebagai Pendebat terbaik Pertandingan Akhir. Bagi pasukan UPM (2) pula, yang diwakili Saudara Ahmad Mukhzani dan Saudari Siti Hajar Ismail terkandas pada peringkat suku akhir. Syabas dan tahniah kdbm putra ucapkan.

Monday 14 November 2011

UMP Mengukir Nama

Kuala Terengganu, 13 Nov - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengukir namanya dalam bidang pengucapan awam selepas menjadi johan sulung Pertandingan "The Great Gender Debate 2011" kategori bahasa Melayu selepas menewaskan pasukan dari Universiti Malaya (UM). Saudari Aisyah dari UMP dipilh sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir dan membawa pulang wang tunai RM500 serta trofi. Pasukan UMP membawa pulang wang tunai RM 7000 serta piala pusingan manakala pasukan UM membawa pulang RM 3500 beserta trofi. Tahniah dan syabas buat pemenang.

Friday 11 November 2011

Debat PPM 2011 : USIM Johan.

Gombak - Pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertama Kejohanan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM 2011). Mereka mengalahkan pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan juri 7-2. Johan memperoleh wang tunai RM 25, 000 dan piala pusingan. KDBM Tahniah buat johan.

Thursday 13 October 2011

PPM dan Gender Dalam Kalendar Debat

Serdang, 13 Oktober 2011 - Pertandingan debat musim ini semakin bertambah. Ini sekali gus merancakkan lagi dunia pengucapan awam. Terbaru Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (PPM) yang akan berlangsung pada 20 hingga 27 Oktober 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sesuatu yang sangat menarik bagi para pendebat untuk menyertai pertandingan ini pastilah ganjaran yang dijanjikan iaitu RM 25,000 untuk johan keseluruhan menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang paling bernilai dari segi ganjaran di antara pertandingan-pertandingan debat yang lain. Pertandingan Debat PPM ini juga akan disaksikan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah menjadi penaung kehormat pertandingan ini. Selain PPM, Great Gender Debate 2011 juga menjadi salah satu pertandingan baharu yang akan dilaksanakan pada 9 hingga 13 November 2011. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghormatan menganjurkan pertandingan buat julung kali diadakan ini. Debat Gender ini di anjurkan oleh NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM). Pertandingan ini menawarkan wang tunai hampir RM 25,000 untuk pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. KDBM mengucapkan tahniah buat penganjuran debat-debat  ini.

Wednesday 28 September 2011

DAS 2011:USIM Johan

Ayer Keroh, 23 Sept 2011 - Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertandingan kali ke-21 ini. USIM menewakan Universiti Malaya (UM) pada pertandingan akhir. Dengan usul Pembanganun Lestari Tonggak Ketamadunan Bangsa, saudara Ikhwan Roseli dari USIM menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir. Pasukan UPM, hanya sekadar di tangga ke-13 dengan 3 kemenangan. Johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM8,000 , piala pusingan, plak dan sijil manakala naib johan wang tunai RM6,000 , plak dan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan.

Wednesday 21 September 2011

Pidato Kemerdekaan 2011: Ikhwan Roseli Rangkul Gelaran

Serdang, 18 Sep 2011 - Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Jiradevi Veerasiman dari Universiti Malaya dinobat sebagai johan pertandingan. Ikhwan yang membawa tajuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa berjaya menambat hati juri dan penonton dengan persembahan yang bersahaja. Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM6,000.00 setiap seorang, piala pusingan, plak dan sijil pertandingan. KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat juara dan jumpa lagi untuk pertandingan akan datang.

Thursday 25 August 2011

Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011

Serdang, 25 Ogos 2011 - Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 akan dijalankan pada 16 - 18 September 2011. Pertandingan kali ini bakal dikelolakan oleh Universiti Putra Malaysia selaku tuan rumah. Yayasan Tunku Abdul Rahman sekali lagi menjadi penaja utama bagi pertandingan ini. Bagi format pengundian tajuk kali ini, peserta akan mengundi tajuk 45 minit sebelum membuat persembahan. Buat bakal pemidato, jumpa kalian di kampus hijau kami. Klik untuk Tajuk Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011

Thursday 11 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Bulan Kemerdekaan

Seluruh warga KDBM UPM mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam khususnya warga UPM dan selamat menyambut bulan kemerdekaan.




Tuesday 26 July 2011

UTP Johan Debat Perpaduaan 2011

Tronoh, 26 Julai 2011 : Pertandingan Debat Perpaduan 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan kejayaan pasukan tuan rumah, Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjuari kejohanan kali ini. UTP telah bertindak selaku kerajaan manakala satu lagi pasukan akhir iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berperanan sebagai pembangkang. Usul pertandingan akhir "Demokrasi kita semakin mantap" telah diterima dewan dengan juri 4-3 dan pendebat terbaik akhir jatuh kepada saudari Mastura Arbin dari UiTM. Pasukan UPM hanya menduduki tangga ke-9 daripada 34 pasukan keseluruhan yang mengambil bahagian. Kejohanan kali ini mencatatkan rekod tersendiri apabila menjadi kejohanan yang paling banyak pasukan disertai. Buat pasukan yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang lain jumpa lagi tahun hadapan.

Wednesday 20 July 2011

Persahabatan Debat UM-UPM

Kuala Lumpur, 19 Julai 2011 : Universiti Malaya (UM) telah menjadi tuan rumah dalam Persahabatan Debat antara UM dan UPM. Persahabatan debat ini merupakan kali kedua sempena Pertandingan Debat Perpaduan selepas pendebat-pendebat dari UM telah hadir ke Serdang ahad lalu. Persahabatan Debat ini merupakan yang terakhir buat pasukan UPM sebelum berangkat ke UTP jumaat nanti bagi Pertandingan Debat Perpaduan 2011. KDBM UPM mengucapkan jutaan terima kasih buat pasukan debat UM kerana sudi menjemput kami ke sana. Buat kedua-dua pasukan, meja editor mengucapkan semoga berjaya buat kalian.

Sunday 17 July 2011

Persahabatan Debat UPM-UKM-UM-Lim Kok Wing

Serdang, 17 Julai 2011 : Empat  pasukan debat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menjayakan Persahabatan Debat yang dihoskan oleh UPM. Persahabatan debat ini dilihat sebagai platform terbaik bagi melatih para pendebat sebelum berentap di Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi Pertandingan Debat Perpaduan. 2 sesi persahabatan dijalankan iaitu di sebelah pagi pasukan UPM menentang UKM dan UM menentang Lim Kok Wing. Sesi sebelah petang pula menyaksikan pasukan UPM menentang Lim Kok Wing dan UKM menentang UM. Bagi pasukan Lim Kok Wing, ini merupakan kali kedua mereka mengadakan persahabatan di UPM untuk debat Perpaduaan ini. Dari pihak tuan rumah, kami mengucapkan terima kasih dan jumpa lagi. Semoga berjaya buat semua.

Wednesday 13 July 2011

Debat Persahabatan UPM-Lim Kok Wing

Serdang, 13 Julai 2011 : Pasukan debat UPM telah menerima kunjungan rakan-rakan pendebat dari Universiti Lim Kok Wing  bagi menjayakan debat persahabatan sempena Pertandingan Debat Perpaduaan 2011. Seramai 5 dan 7 orang pendebat masing-masing dari Lim Kok Wing dan UPM. Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan tentang usul debat perpaduaan selain daripada mengadakan "sparing". Terima kasih kepada pasukan Lim Kok Wing kerana hadir ke kampus hijau kami.

Tuesday 12 July 2011

Debat Persahabatan UIAM-UPM

Gombak, 12 Julai 2011 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Debat Persahabatan yang dianjurkan oleh Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. Debat Persahabatan UIAM-UPM ini diadakan sempena pertandingan Debat Perpaduaan yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 22-26 Julai nanti. KDBM UPM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami ke sana.

Sesi Ramah Mesra KDBM bersama pelajar asasi K13

Serdang, 11 Julai 2011 : Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UPM telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar asasi Kolej 13 bertempat di bilik Libra, K13. Seramai 15 orang pelajar asasi tahun pertama dan ketiga hadir bagi mengenali dan mempelajari tentang ilmu dan selok-belok dunia pengucapan awam. Sesi yang dikendalikan oleh saudara Shameerul Abd Samad dan Siti Hajar Ismail ini telah dimulakan pada jam 9.00 malam dan berjaya ditamatkan pada jam 11.15 malam. Antara pengisian program ini adalah memperkenalkan apa itu bidang pengucapan awam terutamanya debat dan pidato. Selain itu, peserta juga ditontonkan "mock" debat yang dilakukan oleh ahli-ahli KDBM. Usul "Cinta Melemahkan Lelaki" ternyata memberikan impak kepada para peserta apabila rata-rata daripada mereka memberikan respon terhadap perdebatan yang berlangsung. Dari meja editor dan kepimpinan KDBM UPM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir. Jumpa lagi.




Tuesday 5 July 2011

Selamat Datang ke Laman Rasmi KDBM Putra, UPM

Selamat Datang ke Laman Rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM). Laman ini merupakan laman baharu menggantikan laman lama kerana terdapat kerosakan dalam laman sebelum ini selain beberapa masalah teknikal. Semoga anda semua berpuas hati dengan laman baharu ini dan segala cadangan/komen tentang laman ini sangat-sangatlah dialu-alukan oleh kami. Pandangan anda bolehlah dihantar kepada e-mail rasmi kami di kdbmputra@gmail.com. Terima Kasih :)

Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011

Pertandingan debat Bahasa Melayu tertua di Malaysia akan kembali lagi. Kali ini, Pertandingan Debat Alam Sekitar akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 24 hingga 27 September 2011. Tahun 2010 menyaksikan pasukan Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menjadi johan dalam kejohanan yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Siapakah bakal bergelar juara kali ini? Sama-samalah kita nantikan pertandingan ini. Klik untuk usul Debat Alam Sekitar 2011

Saturday 2 July 2011

Pertandingan Debat Perpaduan 2011

Pertandingan Debat Perpaduan 2011 akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari 22 Julai 2011 hingga 26 Julai 2011. Pertandingan yang bakal menyaksikan para pendebat dari IPTA dan IPTS tempatan berentap bagi memperoleh kejayaan dalam bidang pengucapan awam. Tahun lalu, Universiti Multimedia (MMU) telah dinobatkan sebagai juara pertandingan debat ini. Siapa pula yang bakal membawa pulang trofi dan hadiah utama pertandingan kali ini?Sama-samalah kita berikan sokongan pada pasukan UPM untuk pertandingan ini. Klik untuk usul Debat Perpaduan 2011