Thursday, 13 October 2011

PPM dan Gender Dalam Kalendar Debat

Serdang, 13 Oktober 2011 - Pertandingan debat musim ini semakin bertambah. Ini sekali gus merancakkan lagi dunia pengucapan awam. Terbaru Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (PPM) yang akan berlangsung pada 20 hingga 27 Oktober 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sesuatu yang sangat menarik bagi para pendebat untuk menyertai pertandingan ini pastilah ganjaran yang dijanjikan iaitu RM 25,000 untuk johan keseluruhan menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang paling bernilai dari segi ganjaran di antara pertandingan-pertandingan debat yang lain. Pertandingan Debat PPM ini juga akan disaksikan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah menjadi penaung kehormat pertandingan ini. Selain PPM, Great Gender Debate 2011 juga menjadi salah satu pertandingan baharu yang akan dilaksanakan pada 9 hingga 13 November 2011. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghormatan menganjurkan pertandingan buat julung kali diadakan ini. Debat Gender ini di anjurkan oleh NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM). Pertandingan ini menawarkan wang tunai hampir RM 25,000 untuk pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. KDBM mengucapkan tahniah buat penganjuran debat-debat  ini.