Serdang, 13 Julai 2011 : Pasukan debat UPM telah menerima kunjungan rakan-rakan pendebat dari Universiti Lim Kok Wing bagi menjayakan debat persahabatan sempena Pertandingan Debat Perpaduaan 2011. Seramai 5 dan 7 orang pendebat masing-masing dari Lim Kok Wing dan UPM. Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan tentang usul debat perpaduaan selain daripada mengadakan "sparing". Terima kasih kepada pasukan Lim Kok Wing kerana hadir ke kampus hijau kami.
Wednesday, 13 July 2011
Tuesday, 12 July 2011
Debat Persahabatan UIAM-UPM
Gombak, 12 Julai 2011 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Debat Persahabatan yang dianjurkan oleh Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. Debat Persahabatan UIAM-UPM ini diadakan sempena pertandingan Debat Perpaduaan yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 22-26 Julai nanti. KDBM UPM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami ke sana.
Sesi Ramah Mesra KDBM bersama pelajar asasi K13
Serdang, 11 Julai 2011 : Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UPM telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar asasi Kolej 13 bertempat di bilik Libra, K13. Seramai 15 orang pelajar asasi tahun pertama dan ketiga hadir bagi mengenali dan mempelajari tentang ilmu dan selok-belok dunia pengucapan awam. Sesi yang dikendalikan oleh saudara Shameerul Abd Samad dan Siti Hajar Ismail ini telah dimulakan pada jam 9.00 malam dan berjaya ditamatkan pada jam 11.15 malam. Antara pengisian program ini adalah memperkenalkan apa itu bidang pengucapan awam terutamanya debat dan pidato. Selain itu, peserta juga ditontonkan "mock" debat yang dilakukan oleh ahli-ahli KDBM. Usul "Cinta Melemahkan Lelaki" ternyata memberikan impak kepada para peserta apabila rata-rata daripada mereka memberikan respon terhadap perdebatan yang berlangsung. Dari meja editor dan kepimpinan KDBM UPM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir. Jumpa lagi.
Tuesday, 5 July 2011
Selamat Datang ke Laman Rasmi KDBM Putra, UPM
Selamat Datang ke Laman Rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM). Laman ini merupakan laman baharu menggantikan laman lama kerana terdapat kerosakan dalam laman sebelum ini selain beberapa masalah teknikal. Semoga anda semua berpuas hati dengan laman baharu ini dan segala cadangan/komen tentang laman ini sangat-sangatlah dialu-alukan oleh kami. Pandangan anda bolehlah dihantar kepada e-mail rasmi kami di kdbmputra@gmail.com. Terima Kasih :)
Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011
Pertandingan debat Bahasa Melayu tertua di Malaysia akan kembali lagi. Kali ini, Pertandingan Debat Alam Sekitar akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 24 hingga 27 September 2011. Tahun 2010 menyaksikan pasukan Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menjadi johan dalam kejohanan yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Siapakah bakal bergelar juara kali ini? Sama-samalah kita nantikan pertandingan ini. Klik untuk usul Debat Alam Sekitar 2011
Saturday, 2 July 2011
Pertandingan Debat Perpaduan 2011
Pertandingan Debat Perpaduan 2011 akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari 22 Julai 2011 hingga 26 Julai 2011. Pertandingan yang bakal menyaksikan para pendebat dari IPTA dan IPTS tempatan berentap bagi memperoleh kejayaan dalam bidang pengucapan awam. Tahun lalu, Universiti Multimedia (MMU) telah dinobatkan sebagai juara pertandingan debat ini. Siapa pula yang bakal membawa pulang trofi dan hadiah utama pertandingan kali ini?Sama-samalah kita berikan sokongan pada pasukan UPM untuk pertandingan ini. Klik untuk usul Debat Perpaduan 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)