Bangi, 18 November 2012 - Saudari Nurul Afifah Adila bt Mohd Salleh mengungguli Pertandingan Cabaran Pidato Wanita Muda 2012 apabila berjaya merangkul gelaran Johan. Afifah membawakan pidato "Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia" berjaya menambat hati juri dan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 beserta trofi dan sijil. Pelajar tahun pertama, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini telah berasa terharu apabila dinobatkan sebagai juara memandangkan beliau baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan pidato. Sebelum ini, beliau pernah memasuki beberapa pertandingan debat antara IPT dan hasrat beliau ingin menempa nama dalam bidang pengucapan awam ini.
No comments:
Post a Comment