Serdang, 19 Jun 2012 - Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia menjadi "venue" penginapan bagi pertandingan Debat Perpaduan 2012 yang dijadual berlangsung 4 hingga 8 Julai 2012. Bagi "venue" pertandingan pula, ia akan dijalankan di Dewan Kompleks Akademik Pusat (DKAP) iaitu bersebelahan dengan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pengajian Pendidikan atau berhadapan dengan Parkir Sentral UPM atau Dewan Besar UPM. Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 8 Julai 2012 dan akan dijalankan di Dewan Besar, UPM. Segala info terkini akan dimaklumkan kemudian.
Wednesday, 20 June 2012
Tuesday, 5 June 2012
UPM Tuan Rumah Debat Perpaduan 2012
Serdang, 5 Jun 2012 - Universiti Putra Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Perpaduan 2012 . Pertandingan dijadual berlangsung pada 4 hingga 8 Julai 2012 iaitu sehari selepas berakhirnya Pertandingan Debat Alam Sekitar di Universiti Malaya. Seperti lazimnya, pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tahun lalu, pertandingan ini diadakan di Universiti Teknologi Petronas dan tuan rumah telah berjaya meraih gelaran johan membawa pulang wang tunai RM 7,000.00 beserta trofi dan sijil. Pertandingan ini telah bermula sejak 2005 dan Universiti Teknologi Mara telah muncul sebagai pasukan juara terbanyak sebanyak empat kali.
Thursday, 26 January 2012
UPM, UKM wakili Malaysia.
Bangi, 27 Jan 2012 - Saudari Fathiah Ibrahim berjaya menjadi salah seorang wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) selepas layak dalam pemilihan wakil Malaysia yang diadakan di sini sejak dari 25 Januari yang lalu. Seorang lagi yang layak mewakili Malaysia bagi kejohanan ini adalah Saudara Amirul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan PABM tahun ini merupakan kali keenam dan tahun ini ia dijangka akan berlangsung 3 - 8 Mac 2012 di PICC, Putrajaya. Warga KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat kedua-dua peserta dan semoga berjaya pada pertandingan akan datang nanti.
Monday, 16 January 2012
Pemilihan PABM, 1Malaysia Mengisi Kalendar 2012
Serdang, 16 Jan 2012 - Tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai pertandingan debat dan pidato sepanjang tahun ini. Universiti Kebangsaan Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada pemilihan wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dan Pertandingan Debat 1Malaysia. Kedua-dua acara ini merupakan antara yang terawal dalam kalendar debat dan pidato Madum 2012. Menyingkap keputusan tahun lalu, Malaysia telah diwakili oleh Saudara Ikhwan Roseli dari USIM dan Saudara Amiruddin Abd Rahman dari UPM bagi PABM 2011. Manakala bagi Pertandingan Debat 1Malaysia pula, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi johan sulung pertandingan tersebut. Sama-sama saksikan kejohanan tahun ini pula.
Thursday, 24 November 2011
UPM Johan WUPID
Bachok, 24 Nov 2011 - Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali mengukir nama dalam bidang pengucapan awam antara IPT setelah dinobatkan Johan World Universities Peace Invatitional Debate (WUPID) Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Nov 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok. Pasukan UPM (1) yang diwakili Saudara Mohammad Badri Bin Ishak dan Muhammad Zahir Abd Aziz berjaya mengalahkan pasukan UIAM ditempat kedua, USIM ditempat ketiga dan UTM di tempat keempat. Suadara Badri juga dinobatkan sebagai Pendebat terbaik Pertandingan Akhir. Bagi pasukan UPM (2) pula, yang diwakili Saudara Ahmad Mukhzani dan Saudari Siti Hajar Ismail terkandas pada peringkat suku akhir. Syabas dan tahniah kdbm putra ucapkan.
Monday, 14 November 2011
UMP Mengukir Nama
Kuala Terengganu, 13 Nov - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengukir namanya dalam bidang pengucapan awam selepas menjadi johan sulung Pertandingan "The Great Gender Debate 2011" kategori bahasa Melayu selepas menewaskan pasukan dari Universiti Malaya (UM). Saudari Aisyah dari UMP dipilh sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir dan membawa pulang wang tunai RM500 serta trofi. Pasukan UMP membawa pulang wang tunai RM 7000 serta piala pusingan manakala pasukan UM membawa pulang RM 3500 beserta trofi. Tahniah dan syabas buat pemenang.
Friday, 11 November 2011
Debat PPM 2011 : USIM Johan.
Gombak - Pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertama Kejohanan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM 2011). Mereka mengalahkan pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan juri 7-2. Johan memperoleh wang tunai RM 25, 000 dan piala pusingan. KDBM Tahniah buat johan.
Thursday, 13 October 2011
PPM dan Gender Dalam Kalendar Debat
Serdang, 13 Oktober 2011 - Pertandingan debat musim ini semakin bertambah. Ini sekali gus merancakkan lagi dunia pengucapan awam. Terbaru Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (PPM) yang akan berlangsung pada 20 hingga 27 Oktober 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sesuatu yang sangat menarik bagi para pendebat untuk menyertai pertandingan ini pastilah ganjaran yang dijanjikan iaitu RM 25,000 untuk johan keseluruhan menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang paling bernilai dari segi ganjaran di antara pertandingan-pertandingan debat yang lain. Pertandingan Debat PPM ini juga akan disaksikan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah menjadi penaung kehormat pertandingan ini. Selain PPM, Great Gender Debate 2011 juga menjadi salah satu pertandingan baharu yang akan dilaksanakan pada 9 hingga 13 November 2011. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi penghormatan menganjurkan pertandingan buat julung kali diadakan ini. Debat Gender ini di anjurkan oleh NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM). Pertandingan ini menawarkan wang tunai hampir RM 25,000 untuk pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. KDBM mengucapkan tahniah buat penganjuran debat-debat ini.
Wednesday, 28 September 2011
DAS 2011:USIM Johan
Ayer Keroh, 23 Sept 2011 - Pertandingan Debat Alam Sekitar 2011 telah pun melabuhkan tirai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi johan pertandingan kali ke-21 ini. USIM menewakan Universiti Malaya (UM) pada pertandingan akhir. Dengan usul Pembanganun Lestari Tonggak Ketamadunan Bangsa, saudara Ikhwan Roseli dari USIM menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir. Pasukan UPM, hanya sekadar di tangga ke-13 dengan 3 kemenangan. Johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM8,000 , piala pusingan, plak dan sijil manakala naib johan wang tunai RM6,000 , plak dan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan.
Wednesday, 21 September 2011
Pidato Kemerdekaan 2011: Ikhwan Roseli Rangkul Gelaran
Serdang, 18 Sep 2011 - Saudara Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 bagi kategori Bahasa Melayu. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Jiradevi Veerasiman dari Universiti Malaya dinobat sebagai johan pertandingan. Ikhwan yang membawa tajuk pidato Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa berjaya menambat hati juri dan penonton dengan persembahan yang bersahaja. Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM6,000.00 setiap seorang, piala pusingan, plak dan sijil pertandingan. KDBM mengucapkan syabas dan tahniah buat juara dan jumpa lagi untuk pertandingan akan datang.
Thursday, 25 August 2011
Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011
Serdang, 25 Ogos 2011 - Pertandingan Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011 akan dijalankan pada 16 - 18 September 2011. Pertandingan kali ini bakal dikelolakan oleh Universiti Putra Malaysia selaku tuan rumah. Yayasan Tunku Abdul Rahman sekali lagi menjadi penaja utama bagi pertandingan ini. Bagi format pengundian tajuk kali ini, peserta akan mengundi tajuk 45 minit sebelum membuat persembahan. Buat bakal pemidato, jumpa kalian di kampus hijau kami. Klik untuk Tajuk Pidato Kemerdekaan Intervarsiti 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)